top of page
  • Wix Facebook page
  • Wix Twitter page
  • Wix Google+ page

KATA NAMA

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas::

​
 

Kata nama ialah perkataan yang boleh menjadi unsur inti bagi binaan frasa nama. Selalunya perkataan demikian menamakan orang, haiwan, tempat, benda, atau konsep.[1] Ia terbahagi kepada beberapa subgolongan berdasarkan ciri-ciri semantik perkataannya iaitu seperti kata nama khas, kata nama am, dan kata ganti nama. Sebagai contoh, berikut ialah beberapa binaan frasa nama yang menunjukkan kedudukan kata nama sebagai inti frasa nama dan perkataan-perkataan lain yang hadir sebelum dan selepasnya.

Contohnya:

                                          Frasa nama

    
Unsur sebelum                   Kata nama                Unsur selepas
          sebuah                        dewan                     persidangan
          semua                         bas                         pelancongan
          tiap-tiap                      pendapat                 bernas
      empat orang                    pelajar                   sekolah menengah



Penggolongan kata nama


Penggolongan kata nama adalah berdasarkan ciri-ciri makna (atau semantik).


Kata nama khas

Kata nama khas ialah kata nama yang secara khususnya digunakan untuk menyebut nama orang, haiwan, benda, institusi, undang-undang, bangsa, bahasa, pangkat, dan seumpamanya. Biasanya, dalam tulisan, huruf pertama kata nama khas ditulis dengan huruf besar.


Kata nama khas boleh dibahagikan kepada subgolongan

• Hidup > Manusia / Bukan manusia
• Tak hidup



Rajah kata nama khas.

Perkataan Nama Khas digunakan bagi menyebut sesuatu yang tertentu, khusus atau khas. Contoh perkataan ditunjukkan seperti di bawah:



Kata nama khas hidup manusia            Kata nama khas hidup bukan manusia                Kata nama khas tak hidup
Aminah                                                         Tumpuk                                                                         Melayu
Puan Marita Tan                                         Sang Kancil                                                                 Proton Waja
Tengku Abdullah                                        Hevea brasilia (pokok getah)                                 Thailand
Prof. Fatimah                                               Melayu                                                                          Piala Thomas
Senator Wong Ah Meng                                  Proton Waja                                                                 Istana Budaya
Doktor Muthusamy Jibrail                                                                                                               Tan Sri


Kata nama am

Kata nama am ialah perkataan yang merujuk benda, perkara atau konsep umum seperti dalam contoh di bawah:

benda  : sekolah, kereta, cakerawala
perkara: roh, udara, iklim
konsep: kesejahteraan, perpisahan, keindahan



Kata nama am boleh dibahagikan kepada dua iaitu :
1. konkrit     2. abstrak.

Kata nama am konkrit ialah nama sesuatu yang dapat dipegang, dirasa atau dilihat.
Kata nama am abstrak pula ialah nama sesuatu yang hanya dibayangkan atau dikhayalkan.


Kedua-dua kelas kata ini boleh terdiri daripada kata dasar dan kata terbitan.

Contoh: buai -> buaian

Seterusnya kata nama am boleh dibahagikan kepada jenis-jenis yang lebih kecil berdasarkan ciri makna perkataannya, seperti berikut:



1. Kata nama am hidup manusia: petani, ayah, ibu, sasterawan, pelukis, jurujual


2. Kata nama am hidup bukan manusia: ayam, pokok, harimau, malaikat, ikan, bidadari


3. Kata nama am tak hidup institusi: sekolah, persatuan, perpustakaan, hospital, pejabat pos, stesen bas


4. Kata nama am tak hidup bukan institusi konkrit: rumah, lautan, langit, cakerawala, kereta, pekan


5. Kata nama am tak hidup bukan institusi abstrak berbilang: senyuman, bayangan, pendapat, cadangan


6. Kata nama am tak hidup bukan institusi abstrak tak berbilang: iklim, keindahan, ajaran, hasrat



*Kata nama am mestilah menggunakan huruf kecil melainkan pada awal ayat.
Kata ganti nama

Rencana utama: Kata Ganti Nama



Kata ganti nama ialah perkataan yang menjadi pengganti kata nama khas dan kata nama am. Golongan kata ganti nama dapat dipecahkan kepada beberapa subgolongan seperti:

1. Kata ganti nama tunjuk Dalam bahasa Melayu, terdapat hanya dua kata ganti nama tunjuk, iaitu: itu, ini

2. Kata ganti nama diri Kata ganti nama diri tanya terbahagi kepada dua, iaitu:

• kata ganti nama tanya, yang terdiri daripada tiga: apa, siapa, mana
• kata ganti diri orang, terdiri daripada tiga jenis: pertama, kedua, dan ketiga



Kata nama yang digunakan untuk mewakili diri seseorang atau sebagai penunjuk. Kata ganti nama penunjuk terbahagi kepada dua iaitu penunjuk bersifat menerangkan (contohnya ini, itu), dan penunjuk bersifat pertanyaan (contohnya siapa, apa, mana).

Pembentukan kata nama dalam bahasa Melayu terdapat empat bentuk kata nama, iaitu:



1. kata nama tunggal
2. kata nama terbitan
3. kata nama majmuk
4. kata nama ganda


kata nama tunggal    kata nama terbitan   kata nama majmuk     kata nama ganda
:: yu                            :: Pendaki                    :: Balai raya          :: Meja-meja
:: roh                           :: Pekedai                    :: Anak emas         :: kawasan-kawasan
:: bapa                        :: Kekasih                    :: Deria rasa          :: Lelangit
:: tempayan                  :: Juruterbang             :: Bendahara         :: Jejantas



Imbuhan kata nama

Awalan kata nama :
enN-,
pe-,
peR-,
ke-,
akhiran kata nama ::
hanya satu akhiran kata nama, iaitu -an
​​
Apitan kata nama :
​pe-...-an,
peR-...-an,
ke-...-an


sisipan kata nama ::
-el-
-er-
-em-

Sisipan kata nama tidak produktif lagi dalam bahasa Melayu dan perkataan-perkataan yang mengandungi sisipan dianggap sudah membeku.

BAHAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

" Ilmu tidak dapat dijual beli, mahupun digadai dan disewakan untuk cemerlang..​ ILMU dapat apabila kita berkongsi ilmu::

Mari belajar tatabahasa

Bahan pengajaran tatabahasa ​

::sila 'klik' pada gambar

koleksi Bahan Sastera

 

::sila 'klik' pada gambar

bottom of page