top of page
  • Wix Facebook page
  • Wix Twitter page
  • Wix Google+ page

:: KOLEKSI CERITA KANAK-KANAK ::



KOLEKSI CERITA INI BOLEH DIGUNAKAN OLEH SEORANG GURU UNTUK MENARIK MINAT PELAJARNYA UNTUK BELAJAR SESUATU DENGAN CARA YANG MENARIK. 



::Penceritaan yang baik dapat membantu  kanak-kanak dalam memberi cabaran kepada intelek mereka, dapat berimaginasi dengan baik, membantu mereka mengenali dunia dan mendidik mereka supaya suka membaca. Apabila guru membaca cerita, ia dapat membantu kanak-kanak mengembangkan perhubungan ataupun ikatan mereka dengan buku. Hal ini dapat membantu kanak-kanak berimaginasi, menggunakan bahasa dengan baik dan membentuk intelek yang baik (Cullinan, 1987, p.6). Setelah guru selesai bercerita kepada kanak-kanak, selalunya kanak-kanak akan mengambil buku tersebut untuk diterokainya. Mereka akan melihat gambar, membaca semula cerita dan berpura-pura membaca buku tersebut. Apabila kanak-kanak didedahkan dengan bacaan yang mereka suka, mereka akan mula mencari buku yang mempunyai persamaan dengan buku yang telah dibaca oleh guru. Perkara ini dapat menambah minat kanak-kanak untuk membaca::

Tajuk   : SANG KANCIL MENIPU HARIMAU

 

 

Harimau       :  (suara meninggi) Hah, Sang Kancil! Di sini rupanya kamu berada.
Sang Kancil : (terperanjat) Oh harimau, apa lagi yang kamu hendak?

                        (lalu berdiri dengan cepat)
Harimau       : (suara meninggi) Aku hendak makan kamu.(sambil mengangkat

                       kaki hadapannya dan membuka mulutnya.)
Sang Kancil : Nak makan aku? Eh, sekarang tidak boleh, harimau...Aku telah

                       diperintahkan oleh raja Sulaiman supaya menunggu benda ini.

                       (sambil menunjuk ke arah sarang tebuan itu)
Harimau        : (kehairanan sambil melihat sarang tebuan) Apa benda itu?
Sang Kancil  : Oh, ini gong Raja Sulaiman. Baginda akan mendengar bunyi gong

                        ini apabila baginda hendak ke hutan.
Harimau        : Hmm...tentu sedap bunyi gong raja ya.
Sang Kancil  : Sudah tentulah. Siapa yang mendengarnya akan rasa gembira.


Harimau sangat ingin mendengar bunyi gong raja itu dan meminta Sang Kancil memalunya tetapi Sang Kancil menolak permintaan harimau. Sang Kancil memberi alasan yang tugasnya hanya untuk menunggu dan bukan memalu gong itu.


Harimau      : (sambil merayu) Tolonglah Sang Kancil. Palulah gong raja itu. Sekali

                       pun cukuplah. Lagipun, baginda tiada di sini.
Sang Kancil : Eh, tidak boleh, harimau. Kalau aku palu gong ini, bermakna aku

                        tidak jujur.
Harimau        : Kalau begitu, biarlah aku yang memalunya.


Sang Kancil terdiam seketika tetapi berasa sungguh lega. Harimau telah termakan helahnya.


Sang Kancil   : Baiklah, harimau. Jika kamu hendak memalu gong raja ini, biarlah

                          aku pergi jauh dari sini.


Sang Kancil memberikan sepotong kayu kepada harimau. Dia meminta harimau memalu gong itu setelah mendengar arahan daripadanya. Kemudian, Sang Kancil pergi jauh dari situ.


Sang Kancil    : (berteriak dengan kuat) Harimau, palu!


Harimau pun memalu sarang tebuan itu. Apabila sarang tebuan itu dipalu, kesemua tebuan itu keluar dan menyengat harimau.


Harimau         : (mengaum dengan kuat)Aummm!


Harimau menjerit kesakitan kerana tebuan itu telah menyerang seluruh tubuhnya. Dia
berlari dengan pantas tetapi tebuan-tebuan itu terus mengejarnya. Mujurlah harimau terjumpa sungai. Harimau pun terjun ke dalamnya untuk menyelamatkan diri.



PENGAJARAN CERITA : Dengarlah nasihat daripada orang lain dan jangan

                                       lakukan sesuatu yang boleh membahayakan diri sendiri.



Tajuk : Sang Kancil Dengan Buaya



Pada zaman dahulu Sang Kancil adalah merupakan binatang yang paling cerdik di dalam hutan. Banyak binatang-binatang di dalam hutan datang kepadanya untuk meminta pertolongan apabila mereka menghadapi masalah. Walaupun ia menjadi tempat tumpuan binatang- binatang di dalam hutan, tetapi ia tidak menunjukkan sikap yang sombong malah sedia membantu pada bila-bila masa saja.



Suatu hari Sang Kancil berjalan-jalan di dalam hutan untuk mencari makanan. Oleh kerana makanan di sekitar kawasan kediaman telah berkurangan Sang Kancil bercadang untuk mencari di luar kawasan kediamannya. Cuaca pada hari tersebut sangat panas, menyebabkan Sang Kancil berasa dahaga kerana terlalu lama berjalan, lalu ia berusaha mencari sungai yang berdekatan. Setelah meredah hutan akhirnya kancil berjumpa dengan sebatang sungai yang sangat jernih airnya. Tanpa membuang masa Sang Kancil terus minum dengan sepuas-puasnya. Kedinginan air sungai tersebut telah menghilangkan rasa dahaga Sang Kancil.


Kancil terus berjalan-jalan menyusuri tebing sungai, apabila terasa penat ia berehat sebentar di bawah pohon beringin yang sangat rendang di sekitar kawasan tersebut. Kancil berkata didalam hatinya "Aku mesti bersabar jika ingin mendapat makanan yang lazat-lazat". Setelah kepenatannya hilang, Sang Kancil menyusuri tebing sungai tersebut sambil memakan dedaun kegemarannya yang terdapat disekitarnya. Apabila tiba di satu kawasan yang agak lapang, Sang Kancil terpandang kebun buah-buahan yang sedang masak ranum di seberang sungai."Alangkah enaknya jika aku dapat menyeberangi sungai ini dan dapat menikmati buah-buahan tersebut" fikir Sang Kancil.


Sang Kancil terus berfikir mencari akal bagaimana untuk menyeberangi sungai yang sangat dalam lagi deras arusnya. Tiba-tiba Sang Kacil terpandang Sang Buaya yang sedang asyik berjemur di tebing sungai. Sudah menjadi kebiasaan buaya apabila hari panas ia suka berjemur untuk mendapat cahaya matahari.Tanpa berlengah-lengah lagi kancil terus menghampiri buaya yang sedang berjemur lalu berkata " Hai sabahatku Sang Buaya, apa khabar kamu pada hari ini?" buaya yang sedang asyik menikmati cahaya matahari terus membuka mata dan didapati sang kancil yang menegurnya tadi "Khabar baik sahabatku Sang Kancil" sambung buaya lagi "Apakah yang menyebabkan kamu datang ke mari?" jawab Sang Kancil "Aku membawa khabar gembira untuk kamu" mendengar kata-kata Sang Kacil, Sang Buaya tidak sabar lagi ingin mendengar khabar yang dibawa oleh Sang Kancil lalu berkata "Ceritakan kepada ku apakah yang engkau hendak sampaikan".


Kancil berkata "Aku diperintahkan oleh Raja Sulaiman supaya menghitung jumlah buaya yang terdapat di dalam sungai ini kerana Raja Sulaiman ingin memberi hadiah kepada kamu semua". Mendengar saja nama Raja Sulaiman sudah menggerunkan semua binatang kerana Nabi Sulaiman telah diberi kebesaran oleh Allah untuk memerintah semua makhluk di muka bumi ini. "Baiklah, kamu tunggu di sini, aku akan turun kedasar sungai untuk memanggil semua kawan aku" kata Sang Buaya. Sementara itu Sang Kancil sudah berangan-angan untuk menikmati buah-buahan. Tidak lama kemudian semua buaya yang berada di dasar sungai berkumpul di tebing sungai. Sang Kancil berkata "Hai buaya sekelian, aku telah diperintahkan oleh Nabi Saulaiman supaya menghitung jumlah kamu semua kerana Nabi Sulaiman akan memberi hadiah yang istimewa pada hari ini". Kata kancil lagi "Beraturlah kamu merentasi sungai bermula daripada tebing sebelah sini sehingga ke tebing sebelah sana".


Oleh kerana perintah tersebut adalah datangnya daripada Nabi Sulaiman semua buaya segera beratur tanpa membantah. Kata Buaya tadi "Sekarang hitunglah, kami sudah bersedia" Sang Kancil mengambil sepotong kayu yang berada di situ lalu melompat ke atas buaya yang pertama di tepi sungai dan ia mula menghitung dengan menyebut "Satu dua tiga lekuk, jantan betina aku ketuk" sambil mengetuk kepala buaya begitulah sehingga kancil berjaya menyeberangi sungai. Apabila sampai ditebing sana kancil terus melompat ke atas tebing sungai sambil bersorak kegembiraan dan berkata" Hai buaya-buaya sekalian, tahukah kamu bahawa aku telah menipu kamu semua dan tidak ada hadiah yang akan diberikan oleh Nabi Sulaiman".


Mendengar kata-kata Sang Kancil semua buaya berasa marah dan malu kerana mereka telah di tipu oleh kancil. Mereka bersumpah dan tidak akan melepaskan Sang Kancil apabila bertemu pada masa akan datang. Dendam buaya tersebut terus membara sehingga hari ini. Sementara itu Sang Kancil terus melompat kegembiraan dan terus meniggalkan buaya-buaya tersebut dan terus menghilangkan diri di dalam kebun buah-buahan untuk menikmati buah-buahan yang sedang masak ranum itu.

Kisah Pak Pandir Membeli Lembu



Pada zaman dahulu kala, tinggal sepasang suami isteri  di sebuah kampung.  Nama isteri nya, Mak Andeh dan nama suami nya Pak Pandir....

Pada satu hari, Mak Andeh meminta tolong suami nya untuk membeli lembu.  Suami nya bertanya pada isteri nya, " Bagaimana rupa lembu tu ye Andeh?" Isteri nya pu menjawap, "Rupa lembu itu senang aje. Ia bertanduk dan makan rumput."



Pak Pandir pun berjalan di keliling kampung mencari lembu. Sedang dia ber jalan, dia terlihat seorang hamba Allah sedang menyambit rumput dengan menggunakan sabit .


"Itu pun lembu yang diberitahu oleh Mak Andeh," fikir nya sendirian. Diapun menghampiri orang itu. "Saya hendak beli lembu di tangan saudara itu." Sambil Pak Pandir  menunjuk sabit di tangan orang itu.

"Ini bukan lembu, ini sabit," beritahu orang itu. "Tidak, itulah lembu. Jualkan lah pada saya. Saya mahu membeli nya," kata Pak Pandir bersungguh-sungguh.



Kerana bersungguh-sungguh benar Pak Pandir mahu beli sabit itu, orang itupun beri. "Nah ini bayarannya,"  sambil Pak Pandir memberi semua DUIT yang di beri oleh Mak Andeh tadi.



"Tapi DUIT  apa banyak sangat ni?" orang itu bertanya kebinggungan. Pak Pandir tidak menghirau apa-apa lagi. Dia terus mengikat sabit tersebut dengan tali dan di tarik pulang, seperti menarik lembu.



Setiba nya di halaman rumah, Pak Pandir pun memanggil isteri nya, "Mak Andeh, Ini lembu yang awak suruh beli." Mak Andeh yang belum melihat lagi, cuma mendengar suara Pak Pandir merasa sukacita. "Cepat dia dapat beli lembu.  Sudah boleh diharap Pak Pandir aku ni," fikir Mak Andeh sendirian sambil menuju ke tingkap hendak melihat lembu yang di bawa pulang.



"Ha! Mana dia lembu yang awak katakan itu?" tanya Mak Andeh. "Ini! Aku beli beli dengan semua duit yang engkau beri itu," sambil Pak Pandir menunjukkan kepada sabit yang diikat dengan tali itu.



Mak Andeh menepuk-nepuk kepala .... "Habis duit simpanan Aku....,"  mengeluh Mak Andeh.


Demikian lah, salah satu episod kisah Pak Pandir yang kurang akal itu .....



BAHAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

" Ilmu tidak dapat dijual beli, mahupun digadai dan disewakan untuk cemerlang..​ ILMU dapat apabila kita berkongsi ilmu::

Mari belajar tatabahasa

Bahan pengajaran tatabahasa ​

::sila 'klik' pada gambar

koleksi Bahan Sastera

 

::sila 'klik' pada gambar

bottom of page