top of page
  • Wix Facebook page
  • Wix Twitter page
  • Wix Google+ page

KATA GANDA

IKata Ganda ialah satu proses pengulangan perkataan.



Kata ganda ialah kata yang terbentuk daripada kata
yang digandakan sama ada sebahagian atau
seluruhnya.

Proses pengulangan ini berlaku pada seluruh
perkataan ataupun pada bahagian-bahagian tertentu
dalam perkataan tersebut.


Kata ganda terdiri daripada:


Kata Ganda Seluruh


1.Kata ganda seluruh ialah kata dasar yang digandakan seluruhnya.


2.Kata ganda seluruh mesti diberi
   tanda sempang (-).


3.Kata ganda seluruh terdiri daripada kata nama, kata adjektif, kata kerja, dan kata keterangan.


Contoh:


alat-alat
awal-awal
baik-baik
benar-benar


Kata Ganda Semu


1.Kata ganda semu ialah kata ganda yang terbentuk daripada kata yang digandakan seluruhnya dan diberi tanda sempang.


2.Kata ganda semu mempunyai makna yang khusus.


3.Kata ganda semu terdiri daripada kata nama.


Contoh:
agar-agar
anal-anal
angkut-angkut
anting-anting


Kata Ganda Separa


1.Kata ganda separa terbentuk apabila sebahagian daripada kata saja yang digandakan.


2.Semua kata ganda separa terdiri daripada kata nama


Contoh:


bebawang
bebenang
bebudak
cecair
dedalu


Kata Ganda Bersajak/Berima


1.Kata ganda bersajak atau berima ialah kata ganda yang mengalami persamaan atau penyesuaian bunyi (rima) di pangkal, di hujung, atau seluruhnya apabila digandakan.


Contohnya:


Persamaan bunyi di pangkal:


lalu-lalang, beli-belah, dentam-dentum, dan  sebagainya.
Persamaan bunyi di hujung:
karut-marut, cerai-berai, calar-balar, dan sebagainya.
Penyesuaian bunyi seluruhnya:
compang-camping, dolak-dalik, huyung-hayang, dan sebagainya.

BAHAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

" Ilmu tidak dapat dijual beli, mahupun digadai dan disewakan untuk cemerlang..​ ILMU dapat apabila kita berkongsi ilmu::

Mari belajar tatabahasa

Bahan pengajaran tatabahasa ​

::sila 'klik' pada gambar

koleksi Bahan Sastera

 

::sila 'klik' pada gambar

bottom of page